Tuesday, June 14, 2011 | By: my TiMe-eRa Sa

MAHKAMAH TRIBUNAL TUNTUTANPENGGUNA MALAYSIA

Hari ini bersamaan tarikh 14 JUN 2011 saya telah menemani ayah saya ke MAHKAMAH TRIBUNAL TUNTUTANPENGGUNA MALAYSIA....huhuhu mentang2 gi mahkamah nak formal lakkan...hikhik....
info aq kali ni amat2 lah berguna kepada kita sebagai pengguna okey~



MUDAH MURAH & CEPAT


Menuntut Hak Anda Sebagai Pengguna

ha...sebelum aq citerkan INFO2 pasal ttpm nie,aq nak story sket hal yg berlaku pagi tadi..aq dah siap2 nak gi kejer n nak salam mak n abah.tiba2 mak cakap ko xikot abah gi mahkamah ker?ish tetiba lak,mak ni bukan nak bgtaw awal2...so aq tros kol BOS mintk cuti halfday..huhu...
kes bapak aq ni xder lah besar sgt..cuma xpuas ati pasal cushion yg dijanjikan kulit dan warranty selama 5tahun...tp xsampai stahun dah menggelupas..kata kulit,per cer!dah la beli kat kedai yg dah ada nama (kira fames la)....tah apa2 tah....actually abah aq beli sofa tu thun 2009 tp baru 2010 dah menggelupas....gi kedai mintk ganti dia suh bayar rm300 tok ganti kulit yg baru...otak dia,per guna bg warranty tp kene bayar gak!!!ha...tu yg sampai ke mahkamah nie....ikotkan harga sofa tu dalam 4/5 ribu..tp disebabkan sale waktu tu jd lah 2ribu...ramai yg tertipu rupanya.....
sampai kat mahkamah dalam kol 9suku~ramai tol yg dtg nak bicara kes...seminggu yg lepas abah dah beli borang dia rm5 jer modal..so tggal line up tok bicara lah...yg dtg tu ada yg menuntut dan menentang.seram sejuk jgak aq tkot abah kalah dalam bicara...tp aq sebagai anak kene la bg smangat kat abahkan...dah daftar n mula bicara...nama abah kene sebut oleh yg arif..ops bukan yg arif dah skang TUAN PRESIDEN...so mulakan lah bicara,tp pihak menentang (pihak kedai) xdatang tok bicara...abah bawak bukti : kulit yg dh tggal n gambar sofa tu...so abah pon terangkan apa yg nak dituntut....dan akhhirnya mahkamah mengutuskan abah MENANG....syukur sgt2....dalam masa 14 hari pihak kedai perlu bayar ganti rugi dgn harga set sofa tanpa sebarang kos....cek tidak boleh diterima...dan sekiranya pihak kedai tidak membuat pembayaran akan dikenakan 2tahun penjara dan rm5000....huhuu~setle...HAK PENGGUNA DIUTAMAKAN...




meh aq terangkan pasal mahkamah tribunal nie...

Apa dia TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
-sebuah badan bebas diwujudkan di bawah Akta Pelindungan
Pengguna 1999 untuk mendengar tuntutan pengguna terhadap
 pembekal barangan atau perkhidmatan.
OBJEKTIF TRIBUNAL
-menyediakan saluran alternatif selain Mahkamah bagi
 pengguna menuntut gantirugi secara mudah,murah dan cepat.

BIDANG KUASA TRIBUNAL
-membicarakan tuntutan pengguna yang jumlahnya
tidak melebihi RM25000.
SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN
-dibawah Akta berkenaan, pengguna ditakrifkan sebagai seorang
yang memperoleh atau menggunakan barang atau
 perkhidmatan bagi maksud kegunaan atau penggunaan diri,
rumahtangga atau isi rumah. mana2 pengguna boleh membuat
tuntutan di tribunal ini.
HAD MASA MEMBUAT TUNTUTAN
-Akta telah memperuntukkan segala tuntutan hendaklah
dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh masalah berbangkit.

JENIS TUNTUTAN YG BOLEH DIFAILKAN
-perlakuan mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan
yg dibekalkan iaitu mengenai sifat, proses pengilangan serta
ciri2  kesesuian sesuatu barangan/perkhidmatan.
- representasi palsu/mengelirukan berhubung dengan
barang/perkhidmatan
yang dibekalkan.
-harga barang yang dibekalkan melebihi harga yg di iklankan.
-barang/perkhidmatan yg dibekalkan tidak selamat atau tidak
mematuhi  piawaian yang ditetapkan.
-barang yg tidak diterima dalam masa yg dijanjikan walaupon pembayaran
telah dibuat.

PERATURAN PEMFAILAN
-Pihak Yang Menuntut (PYM) perlu mengisi Borang 1 dalam 3 salinan, RM5.00 sebagai Fi pemfailan.
-Selepas Borang 1 difailkan, PYM perlu menyerahkan sendiri satu salinan Borang 1 kepada pihak pembekal barangan atau perkhidmatan.
-Pembekal boleh memfailkan pembelaan dalam Borang 2 dalam 3 salinan dan membayar RM5.00 Fi dalam masa 14 hari selepas Borang 1 diserahkan.

PERATURAN PENDENGARAN
-Tribunal ini akan mengeluarkan notis pendengaran (Borang 4) yang menyatakan tarikh, tempat, dan masa pendengaran tuntutan kepada PYM dan penjual/pembekal sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.
-Semasa pendengaran, PYM dan pembekal tidak boleh diwakili peguam.
-Kedua-dua pihak berkenaan berhak mengemukakan keterangan, memanggil mana2 saksi atau mengemukakan apa juga documen, rekod atau benda2 bagi menyokong tuntutan masing2.
-Selesai proses pendengaran, Tribunal akan membuat perintah dan mengeluarkan AWARD.
-Award ini hendaklah dipatuhi dalam tempoh 14 hari dari tarikh Award tersebut dikeluarkan.

UTK MENETAHUI LEBIH LANJUT U ALL BOLEH LAH KE LAMAN INI http://ttpm.kpdnkk.gov.my (e-TRIBUNAL)

0 Pot Pet :