Saturday, August 20, 2011 | By: my TiMe-eRa Sa

~JoM BeRPaNtuN~

~JoM BeRPaNtuN~

Mata KaBur TaK BerSyuKur,
Bila TerSunGkUr...LeBur,
BaRu NaK aKur...,
Syangnyer NaSi DaH Jd BuBUr~

YaNg LaHir Dr Hati.....
Adalah KeikhLasaN,
Yang Lahir Dr AkaL.....
Adalah KewaRasaN,
............
MaKa BerSatu Lah HaTi & aKaL,
Untuk MelaWan NaFsu Yang BaKal
..............MaMusNahkan......!!!~



cow cin cow~

~PerPisaHan TeraSiNg~

~PerPisaHan TeraSiNg~

Perpisahan Terasing 

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

( korus )
Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa serpihan hati yang sepi

( ulang korus )

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Oh... kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita



huh~tetiba lak aq teringt lagu nieh....
lagu nie gak mengingatkan aq masa aq form 3 blaja kat
SMK SERI KOTA PUTERI 2....
aq dapat blaja beberapa bulan jerkk time tu, 
pastu dapat tawaran masuk sek teknik...
lagu nie memg aq syok giler arr...
pasal ada sorang member aq yg ajar aq lagu nie...
member aq nie budak bidayuh dr sarawak...
pas aq blah dr sek tu pon dia pon ikot blah balik sarawak..
kebetulan...

ayat terakhir dia bg kat aq :

aq suka kacang panjang,
kau suka main guli,
kalo ada umo panjang,
boleh kita jumpa lg...





                       
Wednesday, August 17, 2011 | By: my TiMe-eRa Sa

KeRaTaN Dr AkhBaR "KOSMO Online"~

KeRaTaN Dr AkhBaR "KOSMO Online"~



Kerajaan semalam menetapkan harga terkawal bagi 20 jenis barangan untuk dikuatkuasakan mulai 23 Ogos hingga 6 September ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, dua barang telah ditambah ke dalam senarai pada tahun ini iaitu bawang merah kecil (India) dan bawang putih (China).

"Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit ini dibuat berdasarkan kepada maklumat hasil pemantauan di semua daerah, pandangan agensi kerajaan berkaitan dan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal serta pemborong barangan terlibat," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, peniaga diwajibkan menjual harga barang terkawal mengikut harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barangan tersebut.
Jelasnya, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan.

Menurutnya, individu yang menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000.
Katanya, syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikenakan kompaun sehingga RM250,000.
"Mereka yang gagal meletak tanda harga merah jambu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 dan syarikat yang gagal melakukannya boleh didenda RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000," jelasnya.

Ismail Sabri berkata, kira-kira 2,000 pegawai penguat kuasa KPDNKK bersama 1,000 pegawai pemantauan harga akan memantau penjualan barang terkawal bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang ditetapkan.
Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang enggan mematuhi peraturan itu diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my.


COW CIN COW


Monday, August 15, 2011 | By: my TiMe-eRa Sa

Salah posisi badan ketika bekerja

Salah Posisi Badan Ketika Bekerja


Kakitangan kerajaan dan swasta juga tidak kurang sibuknya, masing-masing tidak mahu ada kerja tertangguh sebelum bercuti panjang pada hari raya nanti.
Biasanya dalam keadaan yang sibuk inilah kita mendengar rungutan seperti sakit pinggang, leher dan bahu terasa tegang atau kebas tangan.

Menurut Pengurus Fisioterapi Hospital Assunta, Jacqueline Chan, masalah dihadapi ini adalah kesan daripada tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan berulang kali dan dikenali sebagai kecederaan tekanan berulang (RSI).
Sebenarnya ada banyak istilah yang digunakan untuk masalah ini seperti gangguan trauma kumulatif (CTD), kecederaan pergerakan berulang, gangguan pergerakan berulang, kecederaan lewah guna atau sindrom lewah guna. Tidak kira apa istilahnya, semuanya merujuk kepada masalah yang sama.
“Ini adalah masalah biasa yang dihadapi ramai orang termasuk golongan muda.
Ramai yang datang sebab alami kesakitan, tetapi sukar untuk tentukan bila masalah mereka bermula kerana ia berlaku secara perlahan-lahan dan ‘terkumpul’ dalam satu tempoh tertentu.

“Masalah CTD atau RSI ini juga disumbangkan gaya hidup seseorang dan ia semakin lazim kerana ramai orang kini mempunyai pekerjaan yang tidak banyak bergerak dan boleh dikatakan sepanjang masa terpaku di depan komputer. Malah, kedudukan badan yang tidak betul ketika melakukan kerja juga mendedahkan kita kepada masalah ini,” katanya.

Kajian pada 2008 mendapati hampir 68 peratus pekerja di United Kingdom mengalami beberapa jenis RSI dan masalah paling biasa ialah kesakitan pinggang, bahu dan pergelangan tangan.

Menurutnya, jika dulu, masalah ini lebih banyak berlaku pada orang dewasa dan tua, tetapi kini golongan muda serta remaja juga mengalami masalah yang sama. Dia menerima ramai pesakit muda yang
me
ngalami sakit pinggang akibat terlalu lama duduk menghadap komputer.

“Malah, terlalu lama menaip atau menekan butang pada telefon bimbit juga boleh menyebabkan kesakitan pada jari. Inilah yang berlaku pada seorang remaja di luar negara. Dia mengalami kekejangan otot pada ibu jarinya kerana terlalu lama bermain permainan dalam telefon bimbit sehingga ibu jarinya tidak boleh diluruskan dan terpaksa dibedah,” katanya.
Bagaimanapun, punca sebenar RSI masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi kebanyakan pakar berpendapat ia ada kaitan dengan gaya hidup, posisi badan ketika bekerja dan melakukan pekerjaan berulang dalam satu tempoh yang lama.


Antara faktor lain yang dianggap turut memberi sumbangan kepada RSI ialah:
·  Posisi tidur yang salah
·  Kedudukan kerusi, meja dan komputer yang tidak sesuai
·  Mengangkat atau membawa barang berat
·  Terlalu lama berada pada posisi yang sama

Malah, jenis pekerjaan juga mendedahkan seseorang kepada risiko mengalami RIS. Contohnya penulis, wartawan atau mereka yang banyak menggunakan komputer lebih mudah mengalami sakit tangan, leher, belakang dan sindrom terowong Karpal.

Pekerjaan sebagai pemandu (tidak kira apa jenis kenderaan) pula lebih cenderung mengalami sakit pinggang kerana terlalu lama duduk. Pemain golf pula kerap alami spikondilitis iaitu keadaan di mana siku menjadi bengkak dan sakit.

Malah, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada masalah ini dan ramai mengadu sakit belakang (pinggang). Biasanya masalah kanak-kanak atau remaja adalah masalah otot yang disebabkan membawa beg sekolah yang berat
.

·  Gejala RSI

Menurut Jacqueline, kebanya
kan pesakit yang datang mengadu mengalami kesakitan, tetapi tidak dapat memberitahu dengan tepat bila atau dari mana kesakitan itu bermula. Ini kerana kesakitan RSI berlaku secara perlahan-lahan menyebabkan ada sesetengah orang tidak menyedari mengalami masalah sehinggalah ia tidak tertanggung.

Biasanya kesakitan ini bermula pada bahagian atas badan bahu, lengan, pergelangan tangan, tapak tangan dan jari sebelum ia mula ‘berpindah perlahan-lahan’ ke bahagian badan yang lain khususnya belakang pinggang. Kesakitan ini ada kalanya menyucuk, kebas atau terasa panas.

Darjah kesakitan berbeza antara individu mengikut daya ketahanan masing-masing. Ada yang mengadu teruk walaupun masalah dialaminya cuma sedikit, tetapi ada pula yang tidak merungut langsung meskipun bekerja dalam kesakitan.

Kesakitan yang dialami boleh berpusat pada satu titik saja atau merebak ke bahagian badan yang lain. Namun, biasanya kesakitan akan bertambah teruk jika kita terus bekerja dan membiarkan masalah berkenaan berlarutan.
Antara gejala lain ialah:
·  Anggota badan terasa lenguh, lemah atau kebas
·  Anggota terasa berat dan susah hendak digerakkan
·  Ada kalanya hilang kawalan atau keseimbangan
·  Tangan kadangkala terasa sejuk
·  Anggota badan terasa sakit dan kesakitan bertambah kuat apabila anda melakukan kerja
·  Sakit pada otot atau sendi satu-satu anggota
·  Sendi atau otot terasa bengkak
·  Kesakitan terasa menyucuk
·  Kebas terutama pada tangan dan kaki
·  Tangan atau kaki hilang kekuatan
·  Dalam sesetengah keadaan, pesakit turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana kesakitan


Ada banyak contoh RIS, antaranya:

·  indrom terowong Karpal - iaitu kesakitan pada pergelangan tangan yang sering dialami penulis, wartawan atau mereka yang banyak menaip di komputer. Ia berlaku apabila adanya tekanan pada saraf tengah pada terowong Karpal di pergelangan tangan menyebabkan aliran darah terganggu dan membuatkan kita berasa sakit.
·  Spikondilitis atau masalah sakit siku yang dialami pemain tenis atau golf
Jari bengkok - Ia berlaku apabila jari biasanya ibu jari atau telunjuk menjadi bengkok (akibat melakukan pergerakan berulang dan tidak dapat diluruskan).


Rawatan dan pencegahan


Biasanya masalah RIS boleh hilang sendiri perlahan-lahan jika seseorang itu berhenti bekerja dan banyak berehat sebaik kesakitan bermula. Lebih cepat masalah diberi perhatian, kesannya lebih baik.

Jika masalah dibiarkan berlanjutan terlalu lama, rawatan mungkin tidak dapat menghilangkan kesakitan sepenuhnya. Malah, kesan rawatan mungkin tidak sebaik jika masalah dirawat awal.

“Perkara paling penting ialah berehat sebaik mengalami gejala awal RIS seperti kebas dan sakit. Hanya sambung kerja selepas kesakitan hilang. Biasanya pesakit dinasihatkan berehat sekejap ketika bekerja, melakukan senaman ringkas seperti regangan atau berjalan untuk menghilangkan ketega
ngan dan urut.

“Jika kesakitan berlarutan, doktor boleh memberikan ubat tahan sakit, meletakkan pek sejuk atau panas pada bahagian yang sakit (bengkak) tetapi pada masa sama, pesakit perlu membuat senaman dan berehat. Bagaimanapun, kaedah rawatan berbeza mengikut keadaan pesakit,” katanya.

Urut juga boleh menghilang
kan kesakitan untuk sementara, tetapi kaedah terbaik ialah melakukan senaman menguat
kan otot. Malangnya ramai orang kurang peduli dengan badan sendiri sehinggalah terasa sakit. Bila sakit, rajin buat senaman tetapi apabila kesakitan hilang, senaman dihentikan. Jadi otot akan menjadi lemah semula kerana tidak digunakan.
Walaupun anda digalakkan melakukan aktiviti fizikal, lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dulu kerana ada senaman yang tidak sesuai dengan keadaan anda.

Contohnya bagi yang sakit pinggang, senaman seperti berenang akan menyebabkan kesakitan bertambah buruk. Bagaimanapun, berjalan dikategorikan sebagai senaman yang sesuai untuk semua orang.

Selepas mendapatkan rawatan, pesakit perlu membuat perubahan pada gaya hidup atau cara bekerja. Jika tidak masalah yang dialami akan berulang kerana rawatan yang diberikan hanya sementara.
Namun menurutnya, masalah RIS sebenarnya boleh dicegah dengan mempelajari posisi badan yang betul ketika bekerja. Bagi mereka yang banyak bekerja di depan komputer, pastikan kedudukan kerusi, meja dan komputer pada aras yang sesuai.
·  Menggunakan komputer - Papan kekunci mestilah mudah dicapai dan lembut. Jari dan pergelangan tangan mestilah pada satu aras, lengan dan pergelangan tangan pada kedudukan sudut 90 darjah. Rapatkan siku ke badan untuk elak pergelangan tangan dalam kedudukan bengkok.
·  Kedudukan kaki - kaki mestilah rata di atas lantai. Letakkan pelapik atau kotak jika kaki anda tergantung supaya kaki boleh berehat semasa anda bekerja.
·  Pastikan monitor pada kedudukan yang betul iaitu di bawah paras mata pada jarak sekurang-kurangnya sehasta (dari siku ke hujung jari hantu). Anda sepatutnya boleh baca tulisan pada monitor dengan mudah tanpa perlu ke depan atau menyakitkan tengkuk.
·  Pilih kerusi ergonomik yang boleh dilaras ketinggian, mempunyai tempat merehatkan tangan dan memberi sokongan kepada tulang belakang.
·  Berhenti rehat setiap 30 minit dan berjalan seketika. Buat senaman regangan yang ringkas. Inilah cara untuk mencegah RSI.
·  Jika anda bersenam, sentiasa ingat untuk melakukan senaman memanaskan badan. Jangan terburu-buru membuat senaman ini kerana ia membolehkan badan bersedia untuk melakukan aktiviti yang cergas dan mengurangkan risiko RSI serta kecederaan lain.
·  Buat senaman regangan yang ringkas di tempat duduk. Regangkan leher dengan melentukkan kepala ke bahu kiri atau kanan sehingga anda terasa urat tegang dan tahan beberapa saat. Ulang untuk sebelah lagi. Buat juga senaman untuk meregangkan pergelangan tangan dan bahu dari semasa ke semasa.
·  Apabila mengangkat barang berat, gunakan kekuatan seluruh badan dengan membengkokkan kaki. Jangan bongkokkan badan untuk mengangkat barang kerana ia akan memberi tekanan pada bahagian belakang. Ia akan membuatkan anda sakit pinggang.
Bagi pemandu terutama pemandu lori, ramai mengalami sakit belakang kerana kebanyakannya memandu untuk jarak jauh dalam tempoh yang lama. Untuk mengelakkan masalah ini, sebaiknya berhenti rehat setiap sejam. Ketika berehat anda boleh berjalan atau membuat senaman regangan belakang dalam kenderaan.

Caranya mudah iaitu dengan melentikkan badan dengan menolak dada ke depan sejauh mungkin sehingga bahagian pinggang belakang terasa tegang dan tahan beberapa saat. Kembalikan badan ke kedudukan asal dan bongkokkan badan ke depan dengan merehatkan leher. Ulang 10 kali. Anda juga boleh buat ‘push up’ atas kerusi. Letakkan tangan di atas tempat duduk dan cuba angkat badan anda. Ulang 10 kali.

“Dengar ‘rintihan’ badan anda. Berhenti berehat apabila mula terasa sakit. Mengabaikan petanda yang kecil, tetapi penting ini hanya akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri,” katanya.


*aq dapat benda alah INFO ni dari email..besalah law dah forward bersambung2..per guna simpan law xkongskan....tu yg aq dok kongsi nie...paling xpon ada gak sket pengetahuan yg tambah tok ari nie kan....


cow cin cow~



MaCaM2 aQ NaK CiTer

MaCaM2 aQ NaK CiTer


TOK CERITA YG PERTAMA

ritu aq ada tgok2 page FB kawan abg tu,dia ada wat kraf tgaan la kan...
skali tgok jer tetiba aq rasa nak la order satu~nak wat cunkan kete lgik...
besa lah pompuan mesti la nak yg love2,aq lak suka kaler merah...
ha...ni lah hasil tgan akk tu~aq memg puji lah kat kak jas pasal apa yg aq imaginkan lgik cantik kak jas nie buat aw...

ni sebelum di cantumkan....



ha~ni lah hasil tgan kak jas...sampai kawan2 opis aq yg lain pon nak order gak...



so, xsunyi lagik lah kete kecik aq nie dlm kete...kihkihkih


TOK CERITA YG KEDUA

last week kan mata kanan aq mengalami kegatalan yg amat sgt lor...sampai merah mata kanan aq n berurat2 lgik aw...oleh krana aq rasa mcm ada sesuatu jer kat mata nie,aq pon gi lah klinik kat seri alam tu waktu dah nak lunch time uh...ingt pas gi amik ubat nak balik rehat badan jap then gi keje balik....skali doktor tros bg aq MC...kahkahkah...syok betul...dia kata mungkin mata aq ni elergik kowt...hm....
petang tu kebetulan en Lahn nak dtg~hehehheh


dah ready nak kuar ngan en Lahn walaupon mata dah merah..



TOK CERITA YG KETIGA

sambung citer td ea...mlm tu aq ikot en LAhn ke LokHengssss....ingt nak jalan2 pusing2 esoknyer law sempat...pasal dah lama xdating...rindusss la pulauu.....hehehe
jom jenjalan naik kete en Lahn~.......bermulalah sesi syok sendirikk~


























abg syggg~


TOK CERITA YG KEEMPAT

sambung citer2 lagikkk,balik jenjalan tu aq n en Lahn melepakkan diri di kebunblakang umah en Lahn...heheehhhe aq pon syokk snap beberapa picture la kan guna kamera hp jerkkkk.....ha,cuba korang perhatikan bebetul gambar ni ea....


cuba korang perhatikan bebetul ada apa kat semak tu~



ha....agk2 dah nampak xapa yg aq nampak????



inilah yg aq nampakkk....si ibu yg sedang mengeram...erggggggggggg!!!!!



agk2 korang baper bijik telur dia eakk...



ha...yg ni adeq en Lahn (azzam) jumpa di kawasan lain...banyak tuu~
agk2 korang betul ker ni telur ayam????ker telur menatang lain???



aq kira ada dlm 19 bijikk aww



haaaa~gayuttt ngan sapa tuuu????



syokkknyer nk gi jln naik motor lakkkk!!!!



begitu cermat skali en Lahn bwk moto....



aksi mat rempit garu kaki~kihkihkih



im realy in LOVE

TOK CERITA YG KELIMA

ish2~tahun nie dahsyartttt tuuuuu......pasal:

- nak sambut raya
- nak service kete
- nak sambut merdeka lagik........

memula pasal raya~disebabkan abg dah belikan sepasang baju merah so dah ad satu kebaya merah.....thun nie sama lah aq ngan abg merah...ehehhehh....baju kat bawah nie contoh jer ea...aq perembat kat google..hehehheh.....





 pastu pasal hari kemerdekaan lakk...aq ni yg xberduit pon punyalah smangat nak beli bendera....puas ati tol pas dah dapat kibarkan jalur gemilang kita kat atas bumbung kete aq...aq memg sentiasa sokong buatan malaysia nie~hhehheheh.meh tgok yokkkk betapa syokknyer aq pasang bendera ney...







walaupon bendera aq kecik tp aq tetap bersemangat~



cow cin cow~

Sunday, August 14, 2011 | By: my TiMe-eRa Sa

WARKAH BUAT IBU~

WARKAH BUAT IBU~

15 OGOS, 2011
Cerita Sedih
tanpa sedar, menitik air mata baca surat ni..aku copy and paste from
satu website..baca, laa..

Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan
jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus
berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata)
supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat
ini ,insyaAllah. .

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi
nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak
ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran... ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital.....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
.....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......
Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk
mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa
lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,