CARA-CARA MEMASAK IKAN MASAM MANIS |
1) Ikan (1 ekor)
2) Bawang putih (2 ulas)
3) Bawang besar (1/2 labu)
4) Cili hijau dan cili merah (1 biji)
5) Sos tomato (4 sudu besar)
6) Sos cili (4 sudu besar)
7) Serbuk kunyit (sedikit)
8) Garam (sedikit)
9) Minyak untuk menggoreng
Directions
Pertama sekali, kelar ikan supaya mudah masak rata apabila digoreng. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Selepas itu, perap seketika.
Panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing.
Sementara itu, ketuk dan cincang halus bawang putih, potong bulat bawang besar dan hiris nipis cili merah dan cili hijau.
Jangan lupa untuk membalik-balikkan ikan. Setelah ikan garing, asingkan dan toskan minyaknya.
Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Setelah itu, masukkan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan pula cili. Kacau hingga layu.
Kemudian, masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau hingga pecah minyak dan akhir sekali masukkan ikan. Gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidang.
salam-ha...senang jer kan..meh la cuba bersama-sama.....

0 Pot Pet :
Post a Comment