RESEPI RAMADAN...BUAT SUAMI MAKIN SYG JOM........
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u
suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah
(sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan
ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata.
Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
_______________________________________
Udang
Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau -
digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili
kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan
masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana
hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan
udang.
5. Masak hingga naik bau.
________________________________________
Ikan
Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana
besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih -
dimayang
3 ulas bawang besar -
dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua
jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam
pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos
tadi.
4.
Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah
limau diatasnya.
_____________________________________________
Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar -
dimayang kasar
2 ulas bawang putih -
ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula
secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan
dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak
yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah
berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula,
kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah
digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang
kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau
kasturi sebelum dihidangkan.
________________________________________
Ikan
Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f
(ba $b!g (b dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan
sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai
sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan
kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato
sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan
yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan
taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk
hiasan:
Bawang
besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
________________________________________________
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam -
direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih -
dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong
kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4
(memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis
halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau
tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar,
bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau
sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos
tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah
memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air
secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru
masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya
dalam 10 hingga 15 minit).
________________________________________
Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu
manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris
memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah
memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4,
rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi
masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg
dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak
lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai
pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
___________________________________________
Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon
(6/8 orang)
6 biji bawang putih
(tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung
(cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur
(kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara
memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan
cili api.
2. Kalau dah garing letakan
rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram
setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air
tepung jagung utk pekatkan kuah.
5.
Masukkan sayur2 an dan mee.
_____________________________
Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar
dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak
besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang
besar
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih,
bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup
kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula
dan garam secukup rasa
5. Bila semua dah nampak
macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
6.
Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
____________________________________________
Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak
ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong
nipis2)
Sos
tiram
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu
dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase).
Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat,
taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan
dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan
terhadap ketul ayam tadi.
________________________________________
Tandoori
Kurau
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang
halus)
2 biji bawang putih
(dicincang halus)
5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10
gm serbuk ketumbar
10 gm jintan halus
Setangkai daun ketumbar
(dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup
rasa
2 sudu
besar minyak sapi
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia,
yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2. Ikan kurau dibersihkan dan
perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3. Setelah itu, sapu sedikit
minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4.
Hidangkan bersama roti atau nasi.
____________________________________________
Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang
halus
2 cm halia dicincang halus
sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah
pala
1 camca besar serbuk jintan
kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris
nipis
1kg daging kambing didadu (
Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus
sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar
dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk
menggoreng
Air secukupnya
Garam
secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing
dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari
periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning
dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2. Masukkan semua bahan-bahan
yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10
minit.
3. Masukkan air dan Dhal
didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili
hijau.
______________________________________________
Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih
(ditumbuk)
1 inci halia
2 biji tomato (agak masak)
6 biji cili merah
10 biji cili padi
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn
utk dikisar
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa)
garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis bawang putih (naik
bau) + bhn kisar
3. Masukkan semua sos tadi,
gula, garam dan sedikit air
4. Tuang atas ikan
___________________________________________
Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang
telah di potong (sederhana besar)
- di basuh bersih
- sediakan besen sebagai
acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian
lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan
kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari
tu.
- letak ikan pari ke atas
acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris
nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji bawang besar di belah
dua dan di mayang halus
2 batang serai di mayang
halus
1 helai daun limau purut di
koyak empat
25 biji cili padi di mayang
halus
halia sebesar ibu jari kaki
di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji cili besar (merah) di
mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos minyak ikan
sedikit ajinamoto
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10
biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan
kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A.
barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas.
biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas
tu kukus/bakar selama 20 minit
____________________________________________________
Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong
kecil)
Daging - 250 gm (dipotong
kecil)
Udang - terpulang pada tukang
masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang merah
6 ulas Cili api
20 biji (seeloknya yg dah
masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5 cawan
Serai - 6 btg serai (diketuk)
- lebih pun boleh
Lobak merah - 2 btg
(dipotong)
Bunga kubis - 150 gram
Putik jagung - 2 bungkus
Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong
4)
Daun limau purut - 3 atau 4
helai
Limau nipis - ambil airnya,
dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari
sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk
tambahkan kepedasan)
Sos ikan - dalam 1 atau 2
sudu
Air
Garam
Bahan
perasa - jika berminat
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam
periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2. Masukkan juga serai yang
telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah
dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu !
4. ditambah, hanya utk
menyempokkan daging.
5. Bila daging telah empok,
masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras
air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu.
6. Masukkan udang jika
berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7. Masukkan lobak merah,
putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah
diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati).
8. Masukkan jua... tomato dan
bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika
berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
9.
Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan
masam.....
________________________________________
Nasi
Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian Bawang merah 1
biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil Ajinamoto
Sedikit
lada putih
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak.
Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan
chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
2. Toskan ayam tersebut dan
letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian
sewaktu ayam masih panas.
3. Biar ayam sejuk sehingga
kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk
megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
4. Air rebus ayam digunakan
dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan
tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
5. Tumiskan halia, bawang
putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6. Masukan tumisan tersebut
ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
7.
Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong
dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili
padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah
dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang
telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan
sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan
garam
4.
Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
__________________________________________________________
Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris
nipis
Sedikit daun bawang - hiris
nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan
dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris
nipis
Limau nipis/limau kasturi -
di belah dua
Telur
rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di
kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar -
lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus
dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah -
direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air -
agak-agaklah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah,
bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar
hingga naik minyak dan berbau wangi.
2. Masukkan udang hidup yang
dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang
telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
________________________________________
Ayam
Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar
halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam
2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah
3 cawan santan)
Garam
dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah,
serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang
besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20
minit.
2. Apabila kuah hampir pekat,
masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian
panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan
ayam sambil disiram kuah yang selebihnya.
4.
Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama
minuman,
____________________________________________________________
Kari Kepala Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30
gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji
terung
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan
cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air
asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit
minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan
bendi, tunggu hingga separuh masak.
4.
Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
________________________________________
Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya
batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji
(boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris
menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris
membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang
(kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah
buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4
atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung
dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau
secukup rasa
2 sudu
besar minyak masak
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan
setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah,
bawang putih, halia dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan
dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana /
kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika
perlu).
5. Sementara daging dimasak,
goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini
dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk,
masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran
tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil
selama 3 - 5 minit lagi.
8.
Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic
toast" dan french fries.
___________________________________________________
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong
dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili
padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah
dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang
telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan
sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan
garam
4.
Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
________________________________________
Asam
Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan
serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo
melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari
tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah
diblander(dapat yang digiling lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa
goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar
separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa
ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg
putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg
merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak
untuk menumis.
4. Setelah minyak panas
masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk
naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang
merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah
diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati
masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api
sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit
merah hitam.
8. Setelah garing masukkan
air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan
ikan.
9. Kacau biar bahan tumis
tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian
masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris
halus.
11.
Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam
kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan
parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan
lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
___________________________________________________
Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut
suka
3 biji bawang besar (potong
4)
5 ulas bawang putih (di ketuk
je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa
pun tak kisah)
sedikit
kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie
hendaklah direbus
2.
Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji,
gula sikit.
Bahan B
10
bijik bawang merah
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan
minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak
sangat
2. Bila dah kuning tuangkan
bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
3.
Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam
sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau
limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit
gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang
putih , bila dah lumat
2. Masukkan dalam mangkuk,
selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau.
3.
Sedia untuk dimakan .
________________________________________
NASI
PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas / Garam
secukup rasa / sedikit minyak masak / 1/2
kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang
halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis
bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos
cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak,
masukkan isi ayam/daging.
2.
Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng
selama 3 minit. hidangkan.
___________________________________________
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang
ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil,
mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang
halus
1½ inci halia, dihiris halus
(seperti batang mancis)
Garam
dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam
periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair
dengan sedikit gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan
kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah
bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah
masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas,
gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah,
bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7.
Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
________________________________________
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi
dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol
sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil,
ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk
kasar
Sesudu makan garam dan sesudu
teh gula
Air
untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji
kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil,
ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi,
dibuat pes
Satu sudu makan cili boh
(kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh
dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/
kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak
untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak,
dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam
periuk
Tumiskan bawang, bawang putih
dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili
boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang
telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal
kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan
asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula
merah
Masukkan garam dan sesuaikan
rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan
renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
______________________________________
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji),
disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung
(manisan)
Sekeping
ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja
Cara memasak:
Tumbuk
semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang
dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal
tumis dan acar timun.
________________________________________
Mee
Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang
biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus
dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini
style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus
(dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka,
potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka,
hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan
daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah
hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g.
daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan
mengikut individual preference.
Daun
sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
NOTE:
Mee
bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan
tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian
rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding
sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang
kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak
didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang
dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging
rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6.
Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap
masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan
rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan
sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila
agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk
leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5.
Hidangkan.
_________________________________________
Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan /
ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang
kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak
untuk menumis
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah
dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api
sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh
kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa
dulu)
4. Bawang merah dimayang
kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan
bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian
tutup periuk tadi.
7.
Siap dan boleh dimakan.
________________________________________
Ayam
Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk
lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di
mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili
boh
2 asam
keping
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga
garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah
ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak
minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili
boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar
dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air
(Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping,
sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi
dan gaulkan. Hidangkan
__________________________________________________________
Ayam Masak Lomak Cili Api
Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
(ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
30 ulas cili
api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci
kunyit hidup
2-3 batang
serai (dititik)
santan (dr
sebiji kelapa)
2-3
ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara
memasak:
1. Tumbuk
cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1)
tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan
ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan
santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan
dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure)
6.
Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehLAH ditutup apinya..