Thursday, December 27, 2012 | By: my TiMe-eRa Sa
Rumah Baruku.....(Dok Kuarters lor)
 
 salam.....bertemu lagi pada hari yang indah iaitu hari jumaat terakhir untuk tahun ini 2012...tajuk rini ialah pasal rumah...lepas pening2 pikir nak dok mana aq decide nak sewa jer uma taman...tp abg xstuju sbb mahal n dok sorang..rugi la kan...aq bkan xnak dok kuarters tu tp almaklum lah umah dah kene tggal lama...huh..lastly aq dgar gak ckp suamiku tercinta...beliau dtg ke Jelebu dr Johor....untuk menyiapkan rumah kami....aq hanya dapat bantu sket2 jer sbb kejer..malam jer dapat bantu beliau...
bersungguh betol beliau menyiapkan umah tu...akhirnya siap dgan jayanya..aq pon dah tggal di situ....tggu fmly blah aq n abg jer dtg sini jenguk umah nie..

tp umah nie xperlu ada kipas pon xpa...tdo mlm dah mcm kat genting dah taw...sejuk giler tahap gaban...xcaya meh lah dtg try tdo semalam dua...mesti serender....aq yg kat cnie perlu lah biasakan diri kat cnie...yahoo.....alhamdulillah kerana Allah sentiasa memberi aq peluang untuk merasa nikmat kehidupan di dunia yang sementara ini....
 
pic sebelum antar abg balik Johor....huhuhu...di rumah baru.....
 
 
 
 
Salingan..terlewat lak nak post.......
 
 
SAYA DAH KAHWIN!!!!!!!!!!!!!!1
 

BLAH SAYA KAT DEWAN SERBAGUNA TAMAN RINTING
 
 
 
BELAH LAKI KAT LOK HENG SELATAN....
 
 
 
 
 
BAJU KE DUA DI BLAH SAYA.....BERSAMA GENG GONJOL KOTA PUTRI... 
 

Friday, December 14, 2012 | By: my TiMe-eRa Sa

Perkahwinan Jarak Jauh

Perkahwinan Jarak Jauh
 
 
salam jumaat buat pembaca sumer.....aq lah yang paling setia membaca blog aq sendiri sebb lom tentu ada orang nk baca blog aq nie...luahan prasaan sket jer tok hari ni sebb mlm nie sampai JB InsyaAllah....
 
dah hampir 2bulan aq keje kat N9 nie..dan dah hampir 1bulan aq bergelar isteri tp sungguh jarang tok aq lakukan tugas aq sbagai seorang isteri...teringin sgt nak balik keje tggi suami tersyg pulang..salam buatkan air,sdiakan makanan,solat jemaah....hmmmmm....mudahan suatu hari nanti..
 
skang aq kerja dah smakin selesa dgn tugas aq sbagai pembantu masyarakat di pusat kebajikan...pelbagai masalah yg aq dgar dan lihat...tp masalah diri aq sndiri hanya Tuhan yang mengerti...rasa sepi menghimpit jiwa nie bila berjauhan dengan keluarga dan suami tercinta...sebulan hanya 1/2 kali jer dpt berjumpa dengan mereka semua..tp aq masih bersyukur dan amat bersyukur kerana masih diberi peluang utk berjumpa dgn insan2 yang aq syg sebb aq taw masih ada lg hamba Allah yang lebih perit lg kehidupannya kerana telah hilang insan2 yang mereka syg...
 
syukur alhamdulillah kerana hari ni Allah masih beri aq pluang tok berjumpa dgn insan2 yg aq syg..teramat syg,dan sentiasa berdoa agar mereka sumer sentiasa dlm keadaan sihat dan gembira di sana...gembira bila dpt berbual dengan mak abah somi k.long sumer lahhh.....gembira dgar mereka bergelak tawa, walaupun hanya didalam telefon sahaja...
 
12/12/12 hari lahir mak yg ke-57....xdpt sambut mcm biasa, sebb aq jauh...adik bradik yg lain jer dpt smbut kan harijadi mak...
slamat ari jadi mak....dapat wish dr jauh jer mak...suker betul ya tgok muka abah tu.....ya tumpang gembira kat sni jugak...aq nie dah mcm dok jauh luar negara jer kan...huhuhu..nak wat caner aq memg dah biasa dok kepit ngan mak abah...ni lah kali pertama dok jauh dgan keluarga...hmmm....sampai mak pon pernah bebel kat aq...''dah2 la tu,ko ni dah ada somi pon nak manja2 ngan mak abah''..........
 
hmmmmmmmm....aq syukur sgt sebb ada keluarga aq skang nie...walaupon ada kekurangan tp tetap rasa perfect...alhamdulillah.....k lah, jap lg dah nak balik kejer...n tros nak grak ke terminal one..naik bas la gamaknyer....
 
 
salam buat pembaca sekalian.....
 
 

Tuesday, November 13, 2012 | By: my TiMe-eRa Sa

Ya ALLAH kuatkan lah semangatku..........

Ya ALLAH kuatkan lah semangatku..........
 
 
 
Salam....hari ni aq nak cerita sket tentang perasaanku yang begitu sedih dan rindu...
hidup berjauhan dengan suami tercinta dan keluarga tercinta amat memberi kesan pada aq..terasa begitu perit tok meneruskan idup yang keseorangan di negeri orang,,,,
untuk ke pejabat juga rasa begitu berat langkah kaki ini...lagikan pula tok buat kerja...
otak ni dah macam2 pikir...nak benti pon ada, tp aq perlu kuat..ini rezeki yang dah di tentukan oleh-Nya untuk aq dan keluarga..jadi aq mesti tempuh tok sementara waktu ini..
aq amat2 berharap dapat tukar ke negeri asalku supaya aq dapat semangat yg kuat tok teruskan kehidupanku yg lebih sempurna bersama insan2 yg aq syg................
 
 
 
 
 
sedihnyer rasa..................nak nangis!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
 
 
 
 

Sunday, October 14, 2012 | By: my TiMe-eRa Sa

GOMEN punya pasal.......

GOMEN ITU.............................

Alhamdulillah.....rezeki aq nak kawin kot....aq dapat keje gomen...cuma dugaan pertama aq dapat kat NEGERI 9.tp xpa itu bkan masalah...itu cuma cabaran pertama yg perlu aq tempuh..............
Wednesday, August 1, 2012 | By: my TiMe-eRa Sa

My New Pet

Salam Ramadhan  


dah lama xupdate blog aq nie...dah berabok betul nie.......
aq nak tnjuk pet terlatest aq jer nie.....
jom layanzz.........






  
 Sekian........................
Wednesday, February 8, 2012 | By: my TiMe-eRa Sa

~Tahun Ini~

Tahun Ini....
aq berharap akan berlaku sesuatu yg amat aq idamkan selama nie....bersamanya hingga akhir hayat..mudahan..amin...
hmmm mengenali beliau sudah lama....tp bercinta baru 3 tahun...terlalu dekat juga ubungan nie....dan akan didekatkan lagi dengan izin ALLAH....mudahan..

Beliau seorang yg penyabar....susah utk dengar beliau mengeluh....sentiasa ada di sisi aq bila aq dlm kesusahan dan akan sedaya upaya tlg setlekan....hmmm....sgt bersyukur mengenali beliau....

Beliau juga sentiasa cuba membuatkan aq bahagia bila aq marah....walaupon beliau kene marah tp beliau tetap cool...mgkin dh paham sgt kot dgn perangai aq nie....huhhuhu....selalu layan kehendak aq yg merepek nie....

Beliau nie memang suka cakap tanpa henti...huhhuhu....sampai kadang2 aq dengar sampai tertido...tp beliau masih bercakap lgik...hhahahha...tp beliau xpernah marah aq....tetap bersabar....setiap mlm teman aq tdo guna tepon jer k...dan org pertama yg tdo dulu adalah aq....beliau tetap akan tggu sampai beliau dengar aq berdengkor...

Terus trang aq ckp, mungkin sukar nak mendapatkan seorang lelaki mcm beliau...pandai berdikarai, bertanggung jawab, bijak dlm menguruskan apa2 masalah dan apa2 perkara....sabar dan tidak suka bergantung pada org lain....

utk menjadi sempurna utk beliau amat menyukarkan aq tetapi akan aq usaha kan sdaya upaya agar aq dapat menjadi yg sempurna utk beliau...dan bgi ku beliau sudah cukup sempurna bg ku...mudahan....

 Semoga ubungan aq dan beliau diredhai dan di permudahkan utk ke step yg terakhir...mudahan...amin.....
Saturday, January 14, 2012 | By: my TiMe-eRa Sa

21 tips utk memenangi hati lelaki


 21 tips utk memenangi hati lelaki:

Dalam menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan, setiap perlakuan, pergerakan, tutur kata dan bahasa badan diperhatikan.
1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga.?
2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri.
3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana
4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik.
5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang.?
6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang.?
7- Menghormati perasaan orang lain.?
8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik.
9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat.
10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi.
11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus.
12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya mempunyai pengetahuan yang luas.
13- Pandai mengambil hati orang tua.
14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa.
15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan.
16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi.
17- Jangan suka merengek..
18- Jangan suka mengarah lelaki.
19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak berniat untuk berbuat begitu.
20- Biarkan pasangan membayar bila dia mahu berbuat begitu kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar.
21- Jangan ketawa mengilai-gilai.

Eksekutif

 Eksekutif



Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”
“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.
” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.