Friday, March 7, 2014 | By: my TiMe-eRa Sa

ROSELLE

*** ROSELLE ***




Hye kengkawan sumer...
rini terasa nak crita pasal sekuntum bunga yg amat berguna dan berkhasiat pada sesiapa yg mengambil zatnya...Roselle atau nama saintifiknya  Hibiscus rosa sabdariffa L. ialah tanaman  yang  terkenal dengan khasiatnya dalam dunia perubatan di Malaysia. Pada asalnya, tumbuhan ini ditanam sekadar untuk dijadikan hiasan.Namun jika sekadar menjadikannya sebagai pokok hiasan, Roselle nampaknya lebih daripada mencukupi memandangkan pokok ini cantik seakan-akan bunga ros, namun khasiatnya yang tinggi telah menjadikannya tanaman untuk kesihatan. 

Roselle juga dianggap sebagai “pokok emas” kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu  yang bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional.
Sememangnya tumbuhan ini amat bernilai berdasarkan kepada kegunaannya serta mampu menyaingi pokok kelapa atau buluh sebagai pokok serbaguna.

Sejarah ringkas Roselle :
Ada pendapat yang menyatakan Roselle berasal dari India namun ada juga yang menyatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Roselle diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia sejak lebih dari tiga abad yang lalu.
Di Malaysia, Roselle dikenali sebagai asam paya, asam kumbang atau asam susur oleh penduduk tempatan. Di India Barat pula ia disebut sebagai Jamaican sorrel. 
Di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dipercayai mengandungi minyak-minyak tertentu. Manakala di Sudan, Roselle diproses untuk dijadikan minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh minuman kebangsaan orang Sudan.

KHASIAT ROSELLE :
Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. Ia merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat. 
Tambah beliau, Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa  pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan.
Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. 

Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:
* Mencegah penyakit kardiovaskular.*
*Mencegah kanser*
*Demam panas/selesema.*
*Resdung (alergi) dan lelah (asma).*
*Stress/sukar tidur*
*Melancarkan peredaran darah*
*Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang*
*Mencegah penyakit jantung*
*Mengubati pening kepala/migraine*


~Sekian~

CARA2 NAK BUAT JUS ROSELLE 









1) Memula skali petik bunga Roselle dengan cermat supaya xmerosakkan yg lain. Kalau boleh gunakan gunting/pisau ketika memetik okey...

2) Kemudian, basuh bunga Roselle nie dengan bersih dan tanggalkan kelopak2 bunga Roselle...Biasa saya memg buat mcm tu..tp law xnak tanggalkan kelopak pon xpa...
3) Tos kan bunga Roselle yg dah di basuh td.....












4) Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih...
5) Lepas tu masukkan kelopak Roselle yg dah di tos kan td ke dalam periuk dan tunggu sehingga warna air di dalam periuk bertukar menjadi kemerahan/kemerunan....ehehhe
6) Masukkan gula secukupnya..kalau boleh biar banyak sebab kita leh buat pati jus Roselle terus....








7) Dah siap sumer, boleh lah asingkan kelopak Roselle dengan air/jus nya..
8) Jus Roselle tu bolehlah disimpan ke dalam peti sejuk supaya rasanya akan jd teramat sedap + masyukkk...
9) Manakala kelopak Roselle td tu boleh lah di keringkan tok di jadikan halwa..sedap taw law dapat ratah kelopak Roselle yg dah di rebus ngan air gula uw...



Selamat mencuba yer kengkawan....


*********** TAMMAT **********

0 Pot Pet :